Tuesday, January 16, 2018

Food Review: Super Saigon Hartamas

Di sebabkan MC suka makan Pho kat Secret Recipe, Kak Yong pun suka2 la scroll instagram pasal pho and terjumpa Super Saigon ni yg terletak di TTDI *from a friends Instagram pic. Dalam gambar nampak mcm best, so Kak Yong ngan MC pun pergi la TTDI dgn misi nak mencari Pho yg best.

First time pergi, excited sgt tengok menu mereka ada macam2, quite a variety. Jadi Kak Yong terlupa diri dah gemok dan terus order 2 Beef Pho dan 1 Banh Mi. Ya allah serious sedappppp!!!! Sejak tu memang decide kalau nak makan Pho atau Banh Mi kena la gi sini. BTW, Super Saigon ni amik semua meat dari Halal Certified Suppliers  👍👍👍

Highlight of Super Saigon

Sedappppppppp!


Mula2 tu, kalau gi TTDI singgah la sat pi beli Banh Mi ni. Pastu ntah mcm mana Kak Yong terperasan mereka dah buka brunch di Hartamas!!! Yeahooooo....takyah bayar tol dah nak makan kt Super Saigon. Jimatttt!!!





Vietnamese Coffee

Sliced Chicken Combination Pho
So far, Kak Yong dah pernah try Pho, Fresh rice paper roll, Broken Rice (big portion!) dan Bun Cha (sesuai utk yg berdiet). Boleh click sini for their menu and operation hours: http://supersaigon.com.my/our-full-menu/

My fav is still Bahn Mi la kot. Hehhehehe...


Verdict is 4*: 

1* Makanan: Sedap, soup dia mmg flavourful dan sambal dia mmg best! 
1* Layanan: Cepat dan efficient. Kalau branch di TTDI tu busy sket, branch Hartamas lebih relax dan lapang
1* Harga: Untuk kualiti, portion yang besar dan tak kedekut slices ayam/daging dan taugeh mmg berbaloi
1* Kebersihan: Bersih dan deco simple dan homely 

Sementelah ada kat page ni, jom follow:
Instagram LBRS @lbrsmy
Youtube Channel @http://bit.ly/lbrsmy-vid
Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs 


Sunday, January 14, 2018

Fashion Truck Pertama di Malaysia! Dan di Pandu Seorang Wanita!


Woah, tengok Headline tu!

Hahaha saja je nak bagi gempar. Sekali je kot Kak Yong drive FashionTruck ni. Tapi ramai kawan2 je la yang impress. Maklumla budak IT, tetiba boleh pulak drive lori. Padahal macam drive keta je, cuma kena hati2 dgn body tu besar sket. Nervous gila kot masa bawak tu, paling takut masa corner takut body libas keta orang ke apa ke.
PS: Kak Yong ada lesen GDL D ye. Sila baca sini: http://kakyonglbrs.blogspot.my/2017/10/kak-yong-amik-lesen-gdl.html
Ni gambar masa first week dapat fashion truck. Posing itu perlu.  

Ada Gaya Tak?

Nama glamour fashion truck Kak Yong ni ialah RunwayButikbyLBRS. Graphics kt body tu upah dengan this great artist @ https://www.instagram.com/sazrella.illustration/

Alhamdulillah, walaupun banyak gak cabaran untuk fashiontruck ni tapi akhirnya minggu ni operasi truck lebih stabil. Driver pun alhamdulillah dah OK. Nanti Kak Yong citer la apa cabaran2 yang di lalui tu. Harini citer yg suka2 je dulu.

Park di Melawati Mall

Park di Shah Alam, tapi Jakel Shah Alam halau huhuhuhu

Park di Dataran Food Truck Melawati

Inside view of the fashion truck


 Ramai ye boleh masuk RunwayButikbyLBRS ni. Memang mcm butik tapi ada wheels je. Ada aircond siap k.

Sapa ada pernah nampak RunwayButikbyLBRS ni on the road? Share sket! Hehhehe

Sementelah ada kat page ni, jom follow:
Instagram LBRS @lbrsmy
Youtube Channel @http://bit.ly/lbrsmy-vid
Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs 

Saturday, January 13, 2018

Food Review: Kak Jat Ikan Bakar Jalan Bellamy


Sapa suka makan Ikan Bakar, angkat tangan!!!


Sedap wei makan ikan bakar. Ingat lagi kecik2 dulu arwah opah Kak Yong mesti akan bakar ikan terubuk atau bakar ayam guna dapur arang kt belakang rumah. 

Selalu Ikan terubuk la, ayam tu kalau ada rezeki lebih atau arwah opah dah plan nak sembelih ayam yang arwah bela. Maklum la bukan berada sangat masa tu. Pastu cicah ngan kicap dan bawang je. Simple...makan ngan nasi panas, ulam sayur rebus. Makan rebut2 dengan sepupu2 ramai plak masa tu. Bertambah la sedapnya, berselera makan!

Dah tua bangka ni kadang2 rindu nak makan simple2 je. Haritu teringin so ajak la MC pi makan kt Ikan Bakar Bellamy. Selalu Kak Yong akan terus ke kedai Kak Jat. Tak tau ngapa selalu kt sini yang di tuju, dan tak pernah try stall2 yang lain tu. 

Kami makan berdua, order ikan siakap satu...pastu tgk udang mcm best. So tangkap satu pinggan udang bakar.  Alhamdulillah, craving satisfied!






Verdict is 2*: 

1* Makanan: Best sangat, daging ikan fresh, udang pun fresh. Yang best kt sini rempah dia tak overpower rasa ikan tu. Jadi bila cicah dgn kicap tu rasa manis ikan tu terasa. Alamakk...tgh type ni pun rasa terliur...huhuhuh
1* Layanan: Takla mesra sgt, tapi cepat dan efficient. *Disclaimer: Kitorang gi pukul 1130am so mmg takde orang pun masa tu hehehehe
0* Harga: Sedikit rasa mahal di situ sbb dua pinggan nasi dan siakap dan udang, plus sayur dalam RM60+
0* Kebersihan: Typical Malaysian warong style 

Sementelah ada kat page ni, jom follow:
Instagram LBRS @lbrsmy
Youtube Channel @http://bit.ly/lbrsmy-vid
Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs 


Friday, January 12, 2018

Borong Perabot di Foshan, China

Throwback trip GZ Kak Yong dengan kakak2 yang nak bershopping di GZ.

Special request dari mereka, suruh bawak pegi tempat perabot. Kak Yong ON je, sebab memang Kak Yong pun tak pernah pi belah2 Foshan ni.

Ragam membeli di China ni, semua benda ada grade ye. Dari yg sangat berkualiti sampai la yang level sgt tak berkualiti.

Tips #1: Bila membeli tu kena la berhati-hati. Kalau dengar murah sangat tu, ada sebab ngapa murah sangat. Huhuhuhu.....


Ni kawasan perabot mewah yg berbelas2 ribu. Tak amik gambar kt dalam sbb selalunya mmg mereka tak kasi sangat kita amik gambar. Tapi kt sini mmg Lazy Boy, furniture2 ala2 Harvey Norman tu ada sini.

Kat sini pula perabot2 yang harga mampu milik (untuk Kak Yong la kot). Sofa set dalam RM4k-5k ada di sini. Satu hari ronda mmg tak cukup lah. Kak Yong dan geng rombongan sempat 1 floor je kot....tapi ronda sampai 4-5 bangunan gak la.

Tips #2: Kalau suka, dan harga dalam bajet, boleh compare 1-2 seller. Kalau beli untuk diri sendiri, takyah gagah sangat nak pegi 5-6 tempat. Nanti jenuh nak cari balik tempat yg dah ok tu. Luas sangat area perabot ni.



Tips #3: Kalau takleh cakap chinese, ada seller2 kat sini leh cakap English. So no worries boleh datang sendiri. Cuma, nak detect penipu tu mmg akan susah la. Jadi make sure shipping company yg handle transaksi anda tu rajin nak check kualiti sebelum mereka deliver naik kontena.

Tips #4: Tanya berapa CBM satu furniture tu supaya anda boleh tau harga furniture tu. Dan tanya harga delivery dari Foshan ke warehouse anda. Jangan excited sangat dengar harga murah, tapi tu belum lagi tambah2 dengan delivery bagai kan? 

Nak kira harga perabot = Harga perabot + harga deliver ke warehouse (GZ) + harga contena in CBM ke Malaysia (door to door service) + GST

Ni Kak Yong baru belajar based on experience sbb first time gi tu taktau apa huhuhuhu.....


Macam2 perabot ada kat Foshan ni. Dari modern design, ke klasik design, ke Ikea design hinggalah ke perabot2 ala mewah. Semua ada. Nak buka restoran, dan nak cari meja kerusi hipster pun ada kat sini.



Last nak tanya, handsome dak driver van Kak Yong ni? Hahahah larikkkk...........

Sementelah ada kat page ni, jom follow:
Instagram LBRS @lbrsmy
Youtube Channel @http://bit.ly/lbrsmy-vid
Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs 

Wednesday, January 10, 2018

It's Wednesday, Baby Shark


Baby Shark versi LBRS



Baby Shark doo doo, doo doo doo doo
Baby Shark doo doo, doo doo doo doo
Baby Shark doo doo, doo doo doo doo
Baby Shark
Mummy Shark doo doo, doo doo doo doo
Mummy Shark doo doo, doo doo doo doo
Mummy Shark doo doo, doo doo doo doo
Mummy Shark
Daddy Shark doo doo, doo doo doo doo
Daddy Shark doo doo, doo doo doo doo
Daddy Shark doo doo, doo doo doo doo
Daddy Shark
Grandma Shark doo doo, doo doo doo doo
Grandma Shark doo doo, doo doo doo doo
Grandma Shark doo doo, doo doo doo doo
Grandma Shark
Grandpa Shark doo doo, doo doo doo doo
Grandpa Shark doo doo, doo doo doo doo
Grandpa Shark doo doo, doo doo doo doo
Grandpa Shark
Let's go hunt doo doo, doo doo doo doo
Let's go hunt doo doo, doo doo doo doo
Let's go hunt doo doo, doo doo doo doo
Let's go hunt
Run away doo doo, doo doo doo doo
Run away doo doo, doo doo doo doo
Run away doo doo, doo doo doo doo
Run away
Safe at last doo doo, doo doo doo doo
Safe at last doo doo, doo doo doo doo
Safe at last doo doo, doo doo doo doo
Safe at last
It's the end doo doo, doo doo doo doo
It's the end doo doo, doo doo doo doo
It's the end doo doo, doo doo doo doo
It's the end

Read more: Pinkfong - Baby Shark Lyrics | MetroLyrics 

Tuesday, January 9, 2018

BENGANG!

Wah tajuk entry ni. Ha ngapa kah Kak Yong bengang?

Nak share sikit la sebagai owner business, paling mencabar sebenarnya bukan marketing, pilih stock ataupun sales. Mencabar topik2 ni tapi yang palinggggggg mencabar ialah Human Resource.

Selama 4 tahun alhamdulillah sebenarnya Kak Yong diberikan kemudahan dari Allah, dapat staff yang ok2. Boleh dipercayai, duit depa jaga dengan amanah. Ada la sikit2 tu masalah tapi takde la yang besar2 sampai rasa nak meletop ke apa kan. Apa2 leh bincang, tegur2 dan marah sikit2. Tu adat lah perhubungan antara boss dan pekerja.

Ni staff2 yang boleh di harap.






Tapi kalini Kak Yong bengang! Harapan nak expand, jadi nak hire lagi staff2 yang boleh membantu. Tapi banyak calon2 yang buat Kak Yong bertukar dari rama-rama ke NAGA berapi. Datang interview lambat, atau janji nak datang tapi tak muncul2 pun ada.

Yang dah ok, kita offer elok2 tapi hari patut masuk tu terus hilang pun ada! Meroyan sekejap kakak korang ni tau. Tak faham gak apa masalahnya ni. Ada ke sesapa mempunyai masalah macam Kak Yong ni? Cuba cerita sket....

Sementelah ada kat page ni, jom follow:
Instagram LBRS @lbrsmy
Youtube Channel @http://bit.ly/lbrsmy-vid
Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs 


Monday, January 8, 2018

LBRS TeamBuilding - Treasure Hunt!

Treasure Hunt!!!

First teambuilding activity dgn team Kak Yong. Sebelum ni kami selalu buat makan2 je. Pegi buffet je pastu amik2 gambar. So Kak Yong decide kalini nak buat something different yang boleh merapatkan relationship antara staff. Nak gi teambuilding event kt District 21 IOI Mall tu mcm mahal sangat. Nak gi Escape Room team kami ni kecik sangat. Ada 6 orang je. So last2 malas nak pening Kak Yong decide buat treasure hunt je, pastu gi makan kat Chilli's.

Nah. Kak Yong share gambar2 dari Treasure Hunt haritu. Simple2 je, Kak Yong dan MC yang buat soalan.




Hadiah Kak Yong yang wrap sendiri, nak jimat punya pasal. Huhuhu...mmg takla cantik sangat, tapi ok la kot buat hadiah. 😅


Time ni Kak Yong juga bagi hadiah utk staff yang dah bekerja dgn LBRS selama 2 tahun. Achievement! Tahniah staff2 Kak Yong yang dah setia dgn LBRS ni. Dapat hadiah perfume Neelofa ye. Masa beli tu, staff butik Neelofa kata bertuah la staff akak. Tapi Kak Yong rasa Kak Yong la bertuah ada staff2 yang boleh di harap. 


Gambar kami di Chilli's KLCC. Time ni 25th Dec, panjang gila queue nak masuk Chilli's ni. Time makan dah pukul 2 petang kot. Huhuhuh...tabah saja lah u ols. Jadik takde la gambar makanan ye sbb masa tu dah laparrrr....


Oklah tu je nak cerita. Banyak ye cerita throwback sbb laptop kan rosak 3 bulan. Banyak lagi nak catch up ni!

Sementelah ada kat page ni, jom follow:
Instagram LBRS @lbrsmy
Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs 



Sunday, January 7, 2018

29 Nov 1979

Birthday Kak Yong! Sila Save the Date! Nanti Nov sila wish Kak Yong tau...ingat tau. *poyo kalah artis

Suami Kak Yong ni bukan la romantik sangat orangnya. Tapi kalini memang dia put in effort la nak celebrate birthday Kak Yong. Since Kak Yong ni pun bukan la jiwang sangat, tak reti la nak citer apa cuma nak share je le gambar2 makanan yang best malam tu.

Pstt, bunga ni bukan selalu dapat ye. Boleh dikira dgn jari kanan sahaja! So bila dapat ni rasa bahagia la jugak...hihihi.....













Lokasi: Copper, Wisma Shell KL Sentral
Level 5, Menara Shell, 211, Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Verdict: Sedap sangat. Presentation menarik, flavors yang unik dan experience yg best sbb ni first time kot Kak Yong ber fine dining ni. Boleh pilih 6 course meal or just order from the menu. Harga tak tau sbb MC taknak bagitau berapa dia belanja malam tu

Sementelah ada kat page ni, jom follow:
Instagram LBRS @lbrsmy

Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs 




Saturday, January 6, 2018

Tahun Baru dan Laptop Baru

Happy New Year 2018!

Ya allah lama tak update blog ni. Semua pasal laptop Kak Yong rosak! Sedih...macam ni ceritanya.

Oct haritu, wifi dia rosak. Pastu laptop tu takde lak LAN connection. Jadik mcm mana nak pakai kan dah takde wifi. Mati kutu di situ. Pi la hantar service center Lenovo, sekali depa kata amik masa 3/4 bulan nak repair. Meraung sekejap!

Kak Yong ni bertabah la nak jimat punya pasal. Redha je tunggu laptop di repair. Time tu MC (suami Kak Yong) dah tanya dah, nak beli laptop lain dulu tak sementara tunggu laptop repair. Kak Yong kata takyah la, sabar kan saja.

Tapi masuk Dec haritu terus Kak Yong jadi naga! Stress sbb takleh buat kerja sangat tanpa laptop. Susah duk guna phone je, mana nak scroll FB dan IG lagi, nak reply whatsapp lagi? Eh! Heheheheh....*tu memang keje Kak Yong ye...nak berniaga skang kena banyak online 

Anyway, nak dipendekkan cerita MC terpaksa pi order laptop baru utk Kak Yong. Dalam tight budget tu terpaksa gak la spend sbb kalau tak mati kutu nak buat kerja. Piluuuu.....

Ni laptop baru Kak Yong. Omei tak?



Tukar selera, beli Dell plak.  Yang termurah di pasaran, based on specs. Takde la nak beli Apple MACBOOK yang mahal tapi seksi tu. Huhuhu.....

Kita tengok berapa lama plak leh tahan laptop ni. Laptop Lenovo tu nanti bila siap repair leh pass kat marketing staff Kak Yong. *Sedapkan hati, rasa bersalah beli laptop baru 

Doakan la tahan lama laptop Dell ni ye. 

Instagram LBRS @lbrsmy
Facebook LBRS @https://www.facebook.com/LaceBeadsRhinestonesAndSuch/
Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs