Friday, September 21, 2018

The Foundr Chapter SifuFBads

Assalamualaikum dearies,

Oh dear mmg sgt la tak istiqomah Kak Yong ni! Lama dah tak update blog tapi tak sangka dah 5 bulan rupanya.

Banyak tak update kt sini, dan banyak cerita yg menyedihkan berlaku beberapa bulan lepas ni. Tapi takpelah nanti ada masa Kak Yong share.

Ni nak share cerita baik sket. Kak Yong gi class marketing and sales khas utk founder by Sifu Jamal. Kisahnya dah lama usha Sifu Jamal ni tapi tak pernah terpanggil nak gi kelas dia. Duk gi kelas Azizan Osman jer.

Kali ni tergerak hati utk pergi dan alhamdulillah tak nyesal! I love it. Kelas Sifu ni padat dan penuh information yg membantu. Rasa mmg tak cukup la 2 hari walaupun in the 1st day tu habis 1 pagi!!!! Pengsan sekejap sel2 dalam otak ni. Huhuhu

Anyways, mmg bagus lah pergi kelas ni terutama utk Kak Yong sekarang ni. Dah nak masuk 6 tahun dah ni jadi rasa stuck dalam berniaga. Pergi kelas rasa macam pandai la sikit. Tetiba rasa mcm ada semangat untuk lebih memajukan perniagaan ni.

Siapa yg berniaga tu dan tgh menghadapi kesukaran atau kekontangan idea untuk step2 marketing boleh la ringankan sikit diri tu gi masuk kelas ok!



Class Foundr Chapter

Ahyat Ishak - Property Guru

Dinner dgn Jutawan2 
Sementelah ada kat page ni, jom follow:
Instagram LBRS @lbrsmy
Youtube Channel @http://bit.ly/lbrsmy-vid
Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs 

Wednesday, March 28, 2018

Food Review: Bawal Power Sempoi Cyberjaya

Haritu pi Puchong sebab nak settlekan hal2 fashiontruck LBRS. Pastu terus decide ngan MC, jom try makan kt ikan bawal goreng kt Sports Arena Cyberjaya.

MC terkejut sbb tak nah dengar tempat ni, sebab sepanjang kami kerja di Cyberjaya Kak Yong taknah ajak pun makan kt Sports Arena ni. Kak Yong tak citer sbb dah bertahun keje kt Cyber pernah sekali je kot pi Sports Arena ni. Tu pun sbb member ajak rasanya. Tak ingat time tu dah ada ke kedai ni, tapi kalini pergi sbb member tunjuk viral kt FB. Hehehhehe...yes, Kak Yong senang terpengaruh dengan citer2 viral pasal makanan......*impact viral marketing gituuuu.....

So kami pun pi la lajakkan diri ke Cyberjaya dan ke Sports Arena ni. Parking dalam RM1 ke RM2, tapi masa kami sampai tu dalam kul 12 tghhari parking banyak lagi. Tempat ni macam open food court je. Bila sampai, tu diaa...dah queue dah. Memang queue ye kalau dtg tengahhari tu. Kalau taknak queue mai sebelum kul 12 tghhari 😅😅😅


Sempoi


Nyumsssssss

Kesian adik ni, panaih duk bakaq sotong

Ada sotong bakar, ikan bakar 

Hasil tangkapan Kak Yong dan MC

Closeup sket nak bagi u ols teruja
Overall sedap dan harga berpatutan gak la. Semua tu Kak Yong bayar dalam RM42 (tak termask air). Yang best pada Kak Yong ialah sotong banjir dengan air asam dia, rasa dia mmg sedang2 elok ja dan kuah kari tu kawwww! Best dan sesuai la makan ngan ikan goreng tu kan. Perghhhh......mmg tak angkat muka la duk kusyuk makan. 

Kat sini mmg simple je, takde makanan lain. Ada ikan goreng & ikan bakar (bawal, keli dan kembung rasanya) dan sotong bakar. Sayur pun sayur rebus dan ulam2. Simple la tapi best! Nak kata sedap giler tu takla tapi boleh la jadi salah satu pilihan kalau nak makan sotong bakar simple...Memang sesuai la nama kedai dia Sempoi tu....mmg sempoi je menu dia. 

Alamat: Sports Arena, Jalan Usahawan 2, Cyberjaya
Closed on Sundays

Sementelah ada kat page ni, jom follow:
Instagram LBRS @lbrsmy
Youtube Channel @http://bit.ly/lbrsmy-vid
Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs 

Friday, March 23, 2018

Travel: Penang Annual Trip - FOOD!!!


Pi Penang kalau tak citer pasal makanan mcm tak kena je la kan? Weii sedap ok makanan kt Penang. Dah la murah, best plak tu. Kak Yong balik je dari Penang terus naik sekilo. Macam mana nak kuruih lagu ni????

Bila nak upload gambar rasa cam sikit je Kak Yong makan. Asal masa makan tu rasa mcm kenyang je eh? Huhuhu....ada satu malam tu Kak Yong ngan MC dah dinner, tapi sanggup gi supper plakkk lagi. Pelahap sungguh bila kt Penang rasanya. 

Malaih nak citer panjang2, u ols tengok gambar eh. 😘😘😘



Pasembor dan Char Kuey Teow Jalan Gurney

Cendol Chowrasta


Nasi Campur Lidiana, Tanjung Bungah


Nasi Kandaqqqqqqqqqqqq
Kalau pegi Deen, sila beratuq dengan sabar


Sedap, bak hangggggg!!!!
Berbaloiiiiiiiii


Sementelah ada kat page ni, jom follow:
Instagram LBRS @lbrsmy
Youtube Channel @http://bit.ly/lbrsmy-vid
Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs 

Thursday, March 22, 2018

Travel: Penang Annual Trip - Double Tree Hilton Resort



Trip ke Penang ni mmg annual trip sbb setiap tahun memang akan balik Penang jumpa parents MC dan kawan2 lama yang masih ada di Penang.
Short History, Kak Yong dulu keje kt Intel. My first real job la kiranya but not my first company. First company Mesiniaga, tapi Mesiniaga hantar Kak Yong keje kt Intel. Lepas setahun, Kak Yong apply keje kt Intel je terus. Alhamdullillah, bertahun gak la keje kt Intel and this is where Kak Yong jumpa jodoh Kak Yong, MC! Heheheh (That one takyah citer la kot.... 😅😅😅) 

Anyways, memang tak pernah terfikir akan meninggalkan island kesayangan ni sbb MC pun suka duk Penang. Tapi manusia hanya merancang, Allah has better plans for us. Kan? Tapi kami memang la berangan nak pencen nanti balik Penang, or Ipoh. Doakan ye u olsss......

Ok enough of history, ni Kak Yong nak citer pasal hotel Kak Yong stay untuk trip kalini. Masa Kak Yong pegi Jan 2018 ni hotel ni baru sangat2. Bila sebut Doubletree Hilton ni orang penang tak tau.
Kalau kata HydroMajestic baru depa paham. Oooo...duk situ ka. Ok2..... Hehehehe.....


 Korang checkin ja akan dapat cookies ni free na. I like! hahahahha sbb freeeeeeee!!!!
Sedap sgt. Tapi Kak Yong sedih sbb kalau kt US depa bagi soft chewy cookies. Kat sini ranggup....sesuai ngan Malaysians kot sbb kita suka biskut crunchy kan. 

Bilik selesa, katil best dan pillows pun best and fluffy. Kak Yong suka sbb rasa mcm semua barang baru kot...so rasa wangiiii je semua.

The Room

Besar bilik dan ada balcony

View from Balcony

TV is a nice size

Checkin dan checkout process cepat, parking pun senang. Memang selesa dan staff2 peramah. Breakfast spread takde gambar. Pagi2 memang malaih nak tangkap gambaq, lagipuun lapaq so makan ja. Walaupun Kak Yong lagi prefer breakfast (contoh: Roti Canai Transfer Road) tapi since breakfast spread dia free Kak Yong pi la dan mmg worthit!

Open Air Lobby

Plenty of seating areas - Very Comfy

Lobby Area - Facing the Sea
Overall stay mmg sgt suka sbb harga affordable dan room size sangat sesuai. Kak Yong dah duduk banyak gak la hotel2 kt Batu Ferringhi tu so hotel ni mmg quite cheap considering room size, toiletries yg diberikan, amenities at the hotel dan breakfast dia yg sedap.

The only downfall kalau you suka beach, you kena jalan naik flyover across the street untuk pegi ke beach. Untuk Kak Yong mmg ni bukan masalah ler sbb tak kisah pun tak gi beach sbb tiap2 tahun pun beach yg sama. 

Lagi satu disadvantage, hotel ni jauh nak gi Batu Ferringhi night market. Kena drive or naik bas. 

Kalau u ols tak kisah jauh dari Batu Ferringhi dan rajin nak jalan kaki ke beach, boleh consider hotel ni sbb hotel ni sesuai untuk family, selesa dan semua baru! Oh dan hotel ni ada museum bear ke apa ntah (Kak Yong tak pi laaa...cek tua dah weiii!)

Overall, Satisfied! :)
Sementelah ada kat page ni, jom follow:
Instagram LBRS @lbrsmy
Youtube Channel @http://bit.ly/lbrsmy-vid
Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs 

Wednesday, March 14, 2018

Food Review: New HollyWood Ipoh Breakfast

Kak Yong ni orang Kampar, tapi percaya tak Kak Yong tak pernah pi breakfast kt New Hollywood Ipoh? Dah ramai sgt yang upload kt IG ni baru la tergerak Kak Yong nak pi makan kt sana. 

Minggu lepas Kak Yong gigih la drive dari KL kul 8am, sampai New Hollywood ni dalam 1030am. Dalam keadaan lapar Kak Yong dan hubby pun order dengan tamaknya. Kat sini ada nasi lemak dan roti canai gak dan dijual oleh orang Melayu tapi Kak Yong try chinese food je sebab susah nak cari versi halal. 

Roti bakar telur goyang
Pan Mee

Kopi dan Yong Tau Fu
Ada food yang Kak Yong order seperti Char Kuey Teow dan Chee Cheong Fun tapi tak sempat nak amik dah ngap dulu. Biasa laaa blogger amatur. Muahahahah

Kak Yong rekemen Chee Cheong Fun dan Roti Bakar Telur Goyang dan coffee kt sini. Memang terbaekkkk. 

Address: 38, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
Opening Hours: 7:00am – 4:00pm. Closed on Mondays.

Verdict is 4*: 

1* Makanan: Ada yang sedap dan ada yang biasa2 je tapi variety banyak so kalau gi as a group senang sbb semua makanan ada di sini
1* Layanan: Cepat dan efficient.
1* Harga: Gila berbaloi dan murah. Prepare small change senang sbb bila hawker seller tu deliver terus bayar je
1* Kebersihan: Food court style tapi clean and airy dan selesa

Sementelah ada kat page ni, jom follow:
Instagram LBRS @lbrsmy
Youtube Channel @http://bit.ly/lbrsmy-vid
Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs 

Tuesday, March 13, 2018

Celebrate Birthday Staff

Kami di LBRS ni mmg tradition la celebrate birthday staff. Bagi depa happy sket, makan kek dan makan2. Kalini Kak Yong beli sandwich je, order dari schassandwich. Sedap, fresh dan healthy dan yang penting kenyang. Burppp....hehhehe 

Birthday staff ni bulan 2 haritu, ni baru sempat nak update blog. Takpela kan, consider throwback la...boleh kan? Hehehehhe

Happy Birthday Dya!

Sandwich by @schassandwich
Kalau nak order, she does delivery

Sementelah ada kat page ni, jom follow:
Instagram LBRS @lbrsmy
Youtube Channel @http://bit.ly/lbrsmy-vid
Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs 



Monday, March 12, 2018

RunwayButik ke Melaka!

Ahad lepas, 11hb March Runway Butik LBRS pergi ke Melaka. Alhamdulillah selamat la sampai ke Melaka. First time fashiontruck keluar dari Lembah Klang. Nerbes gak mula2 tapi alhamdulillah semua berjalan lancar.

RunwayButik park di Stesen Shell. Kak Yong kenal owner stesen ni sbb tu owner dengan baik hatinya memberi keizinan untuk kami parking disini. Alhamdulillah! Semoga Allah je la membalas jasa baik kakak owner stesen ni. Amin!


Stesen Minyak Shell Balai Panjang
Since dah ke Melaka, Kak Yong pun amik kesempatan la untuk merayau sekejap ke Melaka. Bawak member sekali join. Member Kak Yong teringin nak makan Nyonya Food. Key in je kt waze terus sampai kedai Amboi Nyonya Restaurant.

Kak Yong dan member

Since kitorang berdua je, takleh la nak lahap order banyak sgt sbb takut tak habis lak nanti. Jadi kami order ayam pong teh dan sambal ikan bilis petai, beserta cencalok dan pai tee. Sedapppppp!!!


Sorry la kabur, lapar sangat masa ni huhuhuhu

Sambal Ikan Bilis Petai

Gambar pai tee tak amik...sbb tak sempat amik gambar, kitorang dah makan dulu. Muahahaha...nampak tak amatur blogger di situ. Takde displin, makan lebih penting beb! Nak komen sangat pasal food kt sini tak berapa nak arif pasal nyonya food tapi Kak Yong rasa sedap la especially sambal tumis petai tu, kena ngan tekak. Since dah lama tak makan cencalok, mmg selera la makan kt sini.

Dah settle makan lunch, ajak member gi beli keria di Keria Antarabangsa Limbongan. Terpaksa la beratur kan. Sebab yg gi sini bukan beli sebiji dua je keria ye. Sekali order 10bij, 20 biji gitu.

Kak Yongfirst time datang sini, Kak Yong beli 5 biji je. Konon nak diet gituuu. Terasa je masa order tu Kak Yong di pandang sinis oleh customer2 lain.  Tapi Kak Yong buat dunno je sbb konon kan nak sihat. Belum sampai Air Keroh dah habis 5 biji dan nyesal sbb beli sikit. Padan muka I kan?!!!

Jadi kalini, Kak Yong taknak mengulangi kesilapan lalu. Jadik Kak Yong order 20 biji!!! Puas hati hahahaha.


Kuih Keria Beratoq

Itu je la pun sempat makan sbb lepak kt RunwayButik terus sembang2 ngan owner stesen. Seronok dapat catch up dan sembang2. Pastu dlm kul 5 balik KL. Sekejap je kt Melaka tapi best.

Sementelah ada kat page ni, jom follow:
Instagram LBRS @lbrsmy
Youtube Channel @http://bit.ly/lbrsmy-vid
Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs 


Friday, March 2, 2018

Wordless Friday


Assalamualaikum,

Video untuk FashionTruck "RunwayButikbyLBRS" dah siap! Jemput tengok!





Production team: ThisSign Production
Instagram: RunwayButikbyLBRS

Wednesday, February 28, 2018

It's March 2018!

Dah masuk bulan 3 dah. Ya allah cepat sgt masa berlalu. Bulan 2 banyak yg terjadi tapi Kak Yong busy sampai lupa nak buat post. Hopefully bulan ni I will write more. 

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)


Bila baca Surah ni, terikir pasal kes Neelofa dan Campaign yang dilakukannya di Zouk KL. Kak Yong tgk banyak la komen2 netizen di FB atau di IG. Kadang2 tu tak leh nak elak, memang nak baca gak mata ni. *pengaruh socialmedia

As a business owner kecil kecilan ni, memang Kak Yong rasa x sesuai konsep kalini. Nak jual tudung, tapi campaign launched to make turban trendy and hip. Pening otak Kak Yong nak process. Kenapa kebaratan sgt konsep ni? 


Tapi based on the Surah, Kak Yong lebih cenderung tertanya2 macam mana netizen2 ni boleh buang masa komen yang melampau2 di Social Media? Bukan ke surah ni ada mengatakan kena pesan dgn benar, dan pesan dgn sabar?


Boleh la nak komen dan tegur, tapi di mana batasan kita? Dimana tanggungjawab kita untuk make sure apa yg kita tulis dan share itu boleh membantu individu itu dan juga masyarakat? Adakah kerana social media sekarang ni tak menunjukkan realiti sebenar, jadi kita boleh hentam kromo saja dan kata apa saja yang kita suka?


Ntahlah. Kak Yong bukan arif, bukan juga alim ulama. Tapi as a human, I feel there is always a need to have respect among fellow humans. I don't side Neelofa and I don't like the campaign. And while I support living in a society where we can disagree about things, that does not give anyone a license to be bitchy. Get it?


Oklah tu je nak share, nak sambung kerja. Ok bye!


Repair AirCond Lori


Sementelah ada kat page ni, jom follow:
Instagram LBRS @lbrsmy
Youtube Channel @http://bit.ly/lbrsmy-vid
Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs 



First time at DubuYo


Kak Yong haritu lepas tengok Black Panther kt MidValley, tetiba rasa macam nak makan ayam korea pedas2 manis. So jalan2 kt Mid Valley nampak DubuYo dan 4Fingers. Since lapar, decide gi DubuYo jela sbb ada set ngan nasi and kimchi bagai. Kenyang sikit kan? *dasar kuat makan muahahahaha

Disebabkan kepingin nak ayam pedas, Kak Yong pun order la Spicy Wings set. Harga around RM24. 
Masa tengok tu nampak mcm sedappp sangat. Memang sedap pun tapi yang tak best tu sbb tak sepedas yg Kak Yong expect. HUHUHUHUHU.....nangis.....

Nasi sedap, kimchi semua ok. Sup pun boleh tahan. Tapi spicy chicken tuuuuuuuuuu....sedih sket sbb tak sepedas yg di ingini. 


Refillable KimChi

Spicy Wings DubuYo

VS
Nanda Chicken Mont Kiara

Masa makan tu, syukur la sbb rezeki dapat makan kan. Tapi lidah duk terasa-rasa Nanda Spicy Chicken. Kat Nanda ni makan satu, macam rileks. Dua macam ok lagi. Dah telan 3 ke empat ketul dah rasa pedas dan bibir mcm kembang sket. Hhahahaha...besttttt....

Nanti kena buat satu trip gi Nanda Chicken ni la. Ok tu je nak citer. BYE! 

Sementelah ada kat page ni, jom follow:
Instagram LBRS @lbrsmy
Youtube Channel @http://bit.ly/lbrsmy-vid
Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs 






Tuesday, February 27, 2018

RunwayButikByLBRS di Seri Pentas TV3

Alhamdulillah, happy sgt haritu bila RunwayButik di beri peluang untuk parking di Seri Pentas sempena event Staff Media Prima celebrating CNY. 

Kak Yong pun berkolaborasi dengan beberapa jenama, ajak mereka join dalam fashiontruck untuk di bawa masuk for staff2 Media Prima. Memang fun, sbb staff2 sporting habis. Semua berikan komen positive tentang truck kami. Menarik idea fashiontruck ni kata mereka. Thank you!!! 💖💖💖





Team LBRS pun happy gak sempat la jumpa artis2 tempatan. Thank you semua di Sri Pentas sbb sudi naik ke fashiontruck kami untuk shopping2! It was a great event, hope ada la peluang lagi nak join event Media Prima ni. Amin!

Sementelah ada kat page ni, jom follow:
Instagram LBRS @lbrsmy
Youtube Channel @http://bit.ly/lbrsmy-vid
Instagram Kak Yong @kakyong_lbrs