Tuesday, October 24, 2017

Visa ke China

Assalamualaikum,

Semalam Kak Yong busy jadi runner untuk buat visa ke China. Insyaallah bulan depan nak ke Guangzhou.

Bermula dengan nak tolong sahabat, sekali dengan member2 sahabat ni nak ikut sekali. Terkejut Kak Yong sebab sampai 9 orang. Tapi takpelah, doa je semoga dipermudahkan. Bukan apa, besar tanggungjawab nak bawa orang berombongan ni, especially ke Guangzhou. Yelah, tempatnya besar dan kawasan shopping dia pun merata2 kan. Hehehehe.....

Berbalik pada visa ni, mula2 ingat nak suruh runner je buatkan. Tapi runner fee agak menaik (GST dan harga minyak kot), jadi decide buat sendiri je la. Tak susah pun, tapi mengambil masa yang lama nak menunggu queue tu.

Ramai ok nak gi China! Dah la kena buat 2 trip ke sana. First trip untuk submit visa, second trip untuk pickup visa. Dedua pun queue panjang. Pernah sekali je takde queue panjang.....tak ingat bila tapi lama dah la.

Kak Yong pun dah lama tak buat visa, tengok2 banyak juga perubahan untuk buat visa China ni. Dulu mereka ni sempoi je, tapi sekarang agak strict (tapi tak setrict minta Visa United States ye).

Dulu, 1 gambar je di perlukan, sekarang kena ada 2 gambar. Dan dulu, background kaler apa tak kisah. Sekarang mesti background putih. Kena bawa sekali copy passport ye. Kat tempat visa tu pun boleh photostat, tapi takyah la amik risiko sbb takut mesin rosak ke apa ke kan.

Borang visa pun kena isi dengan lengkap ye. Bawa sekali copy tiket dan hotel.

Link di bawah ini adalah untuk form apply Visa China. Boleh pilih nak 1 entry or 2 entry.

https://www.visaforchina.org/KUL_EN/generalinformation/downloads/index.shtml

Visa insyaallah akan siap dalam 4 hari (biasa). Nak yang express pun boleh, dalam 2 hari dah siap. Efficient gak staff yang process visa China ni.

Doakan la trip Kak Yong ke Guangzhou ni selamat dan dipermudahkan. Amin!

Tetiba share gambar Che Ta kan? Haaha...Kak Yong nak gak la pose mcm ni nanti di Foshan, Guangzhou!





Friday, October 20, 2017

Kak Yong amik lesen GDL!

Assalamualaikum u ols,

Tak perasan dah dekat seminggu na tak upload post. Maaf laaa, Kak Yong sibuk sangat. Baru lepas pergi kelas amik lesen GDL.

Kenapa Kak Yong amik lesen GDL? Haaa, sbb Kak Yong akan launch fashion truck pertama di Malaysia. Amacam? Hhahahahah....



Tak tau la akan mendapat sambutan ke kejian kan. Tapi takpelah #siscuba. Sebab apa, Kak Yong nak cuba something yang rare dan luar biasa! Dan jimat sebenarnya.

Kalau Kak Yong buka butik branch di Kelantan ke Terengganu ke Johor ke, cost adalah sangat mahal. Mahal kerana nak bayar staff, nak renovate, nak tambah stock untuk 2 branch instead of 1.

Lagi satu, nak buka branch ni bukan senang tau. Nak train staff, nak ada system stock yang padu dan kemas, dan macam2 lagi nak kena fikir.

Nah, Kak Yong share sipi2 dulu fashion truck Kak Yong ni eh.




Nanti dah siap sepeuhnya Kak Yong share gambar lagi tau!

Saturday, October 14, 2017

Singboard Kedai

Penattttt!!!

Hahaha ok dah....tu je boleh complain. Kang layan sangat negative thoughts ni melarat pulak. Harini hari menaikkan singboard LBRS.

Finally ok. Dah dekat sebulan setengah dah ni baru la nak UP signboard. Lama kan? Process nak apply kt DBKL ni sepatutnya tak lama. Tapi ada miscommunication dengan runner.

Kak Yong berada di tingkat 3. Takleh letak nama butik. Pastu adik runner ni punya la pening sbb nak kena gi Balai Bomba la, dapat approval la bla2. Akak, kena letak tangga la. Haaa???? Pengsan sekejap!

Kak Yong bertukar naga, terus tanya...takleh buang je ke perkataan butik tu? Oh boleh kak, letak Pejabat Urusan. Laaa asal tak cakap awal2 adik runner ni? Memang kita bukan butik sgt pun. Sebab kami banyak buat packing dan urusan2 office je. ShowRoom kami pun comel je display just nice untuk customer. Hadoiiii.....

Lepas runner submit as Pejabat Urusan, terus dapat approval. Lega! Alhamdulillah selesai sudah...sekarang LBRS dah ada signboard!





TADAAAAAAAAAA!!!!! Pasang singboard pun dah happy 😁😁😁

Wednesday, October 11, 2017

Floristika Desa Sri Hartamas


Kak Yong beli tanaman office! Hahaha tak tau nak panggil apa la....betul ke tanaman office? Nak panggil pokok, ni tanaman renek je. Nak panggil tanaman.....boleh ke sebab dia dalam pasu?

Ha bantailah kan. Nah tengok hasil tangkapan Kak Yong di Floristika. So, nak panggil apa ni? Pokok ke, tanaman ke, dedaun? Hihihihi.....

Fittonia Red Vein


Sekarang Floristika ada cawangan kt Desa Sri Hartamas. Best la sebab takyah nak drive ke Bangsar kalau nak cuci mata tengok pokok2. *bunyi macam pencinta pokok bunga kan? padahal ada la 2-3 kali je pegi Floristika Bangsar tu dan tak beli apa pun.

Sebenarnya, sejak Kak Yong pindah ShowRoom baru ni semangat nak meja cantik tu membuak-buak. So memang teringin nak beli something plant based untuk letak kt meja ni buat hiasan.

First place Kak Yong duk fikir ialah Floristika la. Sekali tengok "ehhh ada Floristika kt Hartamas".

Zass... Kak Yong pegi tengok2 dan terus beli plant ni. RM45 rasanya sbb sekali dgn gelas dan batu2 kecik tu....sekali dengan mushroom comel-comel tu. I LIKE IT! Hehehehe...sorry ye teruja sbb ni plant pertama Kak Yong beli  (Tak nak mengaku pernah beli sebelum ni tapi habis mati je)

Doakan Kak Yong berjaya jaga plant ni dan akan menghiasi meja Kak Yong untuk jangka masa yang lama. 💗

Alamat Floristika Desa Sri Hartamas: 
1-G, Jalan 22a / 70a,, Sri Hartamas,, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia




Tuesday, October 10, 2017

Launch of LBRS Hartamas

Walaupun dah sebulan lepas Kak Yong buat launch LBRS Hartamas tapi still gak nak update kt sini. Nak jugak *sambil hentak kaki 😅

Launch LBRS Hartamas ni Kak Yong buat pada 9 Sept 2017, hari Sabtu. Alhamdulillah sambutan menggalakkan. Lega rasanya sbb finally customer2 bagi feedback positive. Mereka kata lebih selesa ShowRoom baru ni.


Nak buat beading/ tailoring consultation pun selesa sbb ada bilik khas untuk consultation ye.

Kaunter pembayaran LBRS. Kami terima semua cara2 pembayaran kecuali sistem barter. Gituuuu....hahahaha. Ok seriously kami terima credit card, debit card, online payment dan cash. Senang kan?

ShowRoom kami juga ada tempat menunggu. So kalau datang ngan sedara mara, encik suami dan anak2 takde la masalah. Selesa je mereka nak tunggu you ols shopping. Kalau tak nak, mereka boleh juga melepak di Pelita/Starbucks dan pelbagai lagi kedai makan yg berdekatan dengan ShowRoom kami.

Pada hari launch tu, ada few bloggers datang memeriahkan majlis. Boleh baca blog2 mereka di sini:

http://www.sizzlingsuzai.com/2017/09/manik-lace-dan-kain-murah-di-lace-beads.html
http://www.illyariffin.com/2017/09/manik-murah-dan-cantik-di-lbrsmy-sri.html
http://www.pinkymomma.com/2017/09/lbrs-kedai-membekal-lace-beads.html
http://www.sabbyprue.com/2017/09/lbrs-desa-sri-hartamas-for-crafty-ones.html

So jangan tunggu lama-lama. Mesti datang ShowRoom LBRS yang baru di Desa Sri Hartamas.


Instagram: @lbrsmy

Alamat: 42-3, Tingkat 3, Jalan 27/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
WhatsApp: 012-384 7435

Sunday, October 8, 2017

Kak Yong ada Youtube Channel!

Assalamualaikum & Holaaaa!!!

Ha, jangan ingat Dato Seri Vida ngan Dato Aliff Shukri je ada Youtube Channel tau. Kak Yong pun ada!


I am Me sangat lah. Dah tengok ke video clip DSV Entertainment tu? Ni ha link dia.... kalau nak tengok la: https://youtu.be/dpTu3jMMHx8

Melalut lak Kak Yong pi cerita pasal DSV lak ni.

Tapi seriously, Kak Yong respect keberanian DSV ni. Semangat dia tu mmg takleh di nafikan. Of course, Kak Yong nak tekankan kt sini ada benda elok tu boleh dijadikan contoh dan inspirasi. Yang tak berapa ok tu kita jadikan teladan. Takyah mengata sangat, dosa satu...pastu buang masa je. DSV kaya dan berjaya...kita masih dgn omongan kosong.

Oklah nak cerita pasal YouTube channel Kak Yong ni. Jangan lupa untuk subscribe ye. Ada macam2 tutorial yang Kak Yong share kt channel ni. Kalau nak tutorial pasal business pun boleh. Tapi tunggu dulu lah...kita buat tutorial jahitan dulu ok?

Channel Youtube: http://bit.ly/lbrsmy-vid

Yang latest, team Kak Yong baru upload Tutorial cara2 menggunakan hotfix applicator. Ramai suka tutorial ni sbb sangat2 membantu. Jom click sini:  https://youtu.be/B6-xQF79ihY

Ikut tau Youtube Channel LBRS ni. Insyaallah bermanfaat. 😁


Challenge Accepted!

Hampir 10 min merenung screen computer, Kak Yong berlari melayan customer dulu. Lagi senang Kak Yong menjawab soalan2 manja customer dari menaip untuk blog ni.

Maklum la umur dah hampir sendu, otak pun processor pentium je. Di samping itu, banyakkk sangat suara-suara sumbang bermain dalam otak ni.

"Weiiii dah tua pun nak bloggin ke?"
"Weiii ko ingat kau Vivy Yusoff ke? Dia lain la, cantikkk..." *apa kena mengena cantik dgn blogging kan? nampak tak negativity tak masuk akal di situ

Penat nak psycho otak ni suruh diam sat dan fokus untuk menghabiskan entry pertama ni. Susah rupanya nak menaip ni eh. Dah la life Kak Yong ni tak de la sehappening mana. Tapi takpe lah. 

Demi LBRS (business Kak Yong) akan ku tabahkan jugak la menaip ni. Sebelum ni pernah buat blog, tapi hot hot chicken sh*t je. Kalini Kak Yong challenge diri sendiri untuk blogging every week, pastu every day.

Challenge Accepted! 
*Pop culture reference - How I Met Your Mother